Old school Swatch Watches

ISTIMEWANYA WANITA

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W.
akan hal tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapak dan
doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia." 2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki
yang soleh. 3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya
seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan
orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas
tubuhnya. 4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke
rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti
bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail A.S. 5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga. 6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan
penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga. 7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka,
maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. 8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. 9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu-bapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu. 10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. 11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung
di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta
menjaga sembahyang dan puasanya). 12. Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,
"Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W.
"Ibunya." 13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki. 14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka
Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya
(10,000 tahun). 15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000
kejahatan. 16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka
Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan
Allah SWT 17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap
satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang
hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T. 20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali. 21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000
lelaki yang jahat. 22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80
rakaat solat wanita yang tidak hamil. 23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya
(susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu
yang diberikannya. 24. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam
keadaan letih akan mendapat pahala jihad. 25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang
melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan
penuh rahmat. 26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah
dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun
lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan
bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu
suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut. 27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak
yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila
dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. 28. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan
oleh binatang itu dengan doa keberkatan. 29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan
berkatkan rezekinya. 30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti
menyapu lantai di baitullah. 31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari. 32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. 33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa
dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala
haji. 34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan
dikira sebagai mati syahid. 35. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12
tahun solat. 36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 ½ tahun), maka
malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib
baginya. 37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa. 38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas
dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola
perak. 39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki
syurga. 40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80
tahun ibadat. 41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,
tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya
yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.